Kerjaya kelab Jordan_Veretout

Nantes

Veretout melakukan penampilan sulungnya untuk Nantes pada 13 Mei 2011 ketika aksi liga menentang Sedan. Pada musim berikutnya, beliau melakuka penampilan sulungnya ketika perlawanan Coupe de la Ligue menentang Reims. Secara keseluruhannya, Veretout telah beraksi sebanyak 146 perlawanan untuk Nantes sepanjang tempoh lima tahun kariernya bersama kelab Perancis itu.

Aston Villa

Pada 31 Julai 2015, Veretout menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa selepas beliau setuju menandantangani kontrak selama lima tahun.[2][3] Veretout secara rasminya melakukan penampilan sulungnya untuk Aston Villa ketika aksi menentang Bournemouth pada 8 Ogos 2015.[4]

Pada 23 Ogos 2016, Veretout dipinjamkan ke kelab Saint-Étienne dari Aston Villa.[5][6]

Fiorentina

Pada 25 Julai 2017, Veretout melakukan perpindahan ke kelab Itali, Fiorentina selepas beliau bersetuju menandantangani kontrak selama empat tahun bersama pilihan untuk melanjutkannya sehingga ke lima tahun. Perpindahan yang membabitkan beliau dari Aston Villa itu dilaporkan bernilai €7 juta.[7][8]

Roma

Pada 20 Julai 2019, Veretout menyertai Roma secara pinjaman bersama pilihan untuk dibeli dengan kekal.[9]

Rujukan

WikiPedia: Jordan_Veretout http://www.fcnantes.com/groupepro/20112012/fiche20... http://www.ligue1.com/joueur/veretout-jordan#bloc_... http://www.premierleague.com/en-gb/players/profile... http://eurovisions.eurosport.fr/football/coupe-du-... http://www.francetvsport.fr/football/ligue-1/ligue... http://www.football-italia.net/106268/official-fio... http://isni.org/isni/0000000451235109 http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-... https://www.bbc.com/sport/0/football/33739552 https://www.bbc.com/sport/football/37176399